Monday, 30 November 2009

10 Zulhijjah 1430

Tahun ini merupakan eidul adha ke-2 kami di bumi durham. Dengan suhu serendah 2'C pada pagi 10 Zulhijjah, kami menggagahkan diri juga ke 'masjid' untuk menunaikan solat eidul adha dan seterusnya 'menyertai' program anjuran Durham University Islamic Society (DUIS) sehingga waktu zohor. Hari ke-2 juga diadakan sambutan Eidul Adha bersama warga malaysia di durham.

Di kesempatan kami ingin mengucapkan selamat menyambut Eidul Adha terutama kepada keluarga tersayang di Terengganu dan semua yang mengenali.












Monday, 2 November 2009

Dua Beradik...



Dua beradik mesti saling berbaik-baik.. nnti coming soon datang lagi sorang adik... InsyaAllah..

Monday, 26 October 2009

2nd Autumn: Jalan-jalan Main Daun

Setelah beberapa kali meng'cancel'kan hajat bergambar sempena autumn ke-2 kami di UK dek kerne ketidaksihatan yang bersilih ganti, akhirnya hujung minggu lepas harith & amni dapat melepaskan rindu untuk jalan-jalan main dedaun.









Nnti kita main dedaun lagi ok.. Jom pulang..


Wednesday, 30 September 2009

Eid Mubarak

Tahun nie adalah raya kedua di perantauan. Entah macam mana tak banyak gambar yang di ambil untuk tatapan orang jauh nun di sane. Mungkin dah boring raya kat sini. agaknye...



Berlari ke masjid...dah lewat..


Abu harith bersama pak imam





Acara yang ditunggu anak2...agaknye..


Dah nak balik dah...


Tapai ku menjadi...best..

Thursday, 17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Bersempena ketibaan Aidilfitri ini.. NA , ABG AMIR, HARITH & AMNI ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada MAK, ABAH serta KELUARGA di Kuala Ibai, MAK, AYAH serta KELUARGA di Jambu Bongkok n SAHABAT HANDAI di mana jua berada... Mohon Ampun & Maaf dipinta.. Doakan kejayaan KAMI di sini.. Semoga KITA bertemu lagi...



SELAMAT HARI RAYEEEEE..............


Wednesday, 16 September 2009

Sehari di Dublin, Ireland

Sehari di Dublin Bermula di Hotel Abraham. Hotel (hostel rasanya) ni biasa je dan harga pun murah, EURO18/semalam. Oklah sebab esok paginya kene keluar awal bertolak ke airport.


Centre of Dublin City...agaknye kot


Lepak kejap dalam Dublin Castle



Posing depan Dublin Castle


Trinity College

Jalan-jalan mencari masjid dublin


Akhirnya sampai jua kami di masjid nie. Akibat tersalah naik bus, terpaksa berjalan hampir sejam menuju ke masjid. Kesian kat ummi...ais & amni pun dah tak nak berjalan....kene dukung..

Melepaskan "geram" di restoren dalam masjid tuu


Tak perasan dah malam rupanya...menunggu bus depan masjid menuju ke hotel...udah penat..

Sempat lagi senyum walaupun dah penat bila dah sampai kat hotel


Sekian sehaja perjalanan kami di Ireland. Kami sekeluarga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada keluarga Kak Ina & Rahmat sekeluarga kerana bersusah payah membawa kami ke tempat2 menarik dan teruja (siap dengan bekal. hehe). Jemputlah datang ke Durham pulak.

Saturday, 29 August 2009

Belvedere.. epi 3.



Kepada kawan2 Harith yang pernah menonton filem Narnia, mesti tahu tempat ni kan.. Harith bersama Singa kesayangannya.. Ala2 Prince Caspian kan..




Jomla datang ke sini, memang terasa jugak berbaloinya kerana nk masuk ke sini kena bayar ye.. gbp 8.>> seorang.. Harith n Amni dibwh umur lagi so freela mereka..