Saturday, 25 July 2009

AMNI...

Dalton Park...

video

HARITH

H. A. R. I. T. H...

video

Tuesday, 21 July 2009

Hujung Minggu..

Last Weekend ummi tiada mood untuk ke carboot.. Harith n Amni cuma pergi bersiar2 ronda city center aje.. Tapi minggu ni rasenya kalu cuaca elok memang nk pergi la.. Itulah antara aktiviti yang wajib pada hujung minggu.. hahahaha...

Sekitar rumah Harith n Amni..



Penat budak2 ni berjalan-jalan n duduk atas pushchair.. Sampai Amni pun dah tertido dengan nyenyaknya..


Banjir di Durham..






Banjir telah melanda durham beberapa hari yang lalu.. Gambar di atas diambil di Durham parking sport center n padang bola yang berhampiran yang mana air melimpah ruah dan di tutup buat sementara waktu untuk kegunaan umum..


Friday, 17 July 2009

Bolzano, Bozen.. Italy

Inilah tempat yang Abu Harith berkursus tempoh hari..
Free University of Bozen-Bolzano.. Italy..
Kenapa namenya free university ya.. padahal bukannya free pun.. Selama 5 hari Abu Harith bersummer school di sini..



Seramai lebih kurang 30 orang dr pelbagai negara terlibat dalam short course ini.. 3 drpdnya muslim.. So, legala skit ade orang islam kan.. Boleh solat n makan bersama2..

Sekitar pemandangan sebelum sampai ke Bolzano.. Gambar ini di ambil semasa Abu Harith di dalam train.. Sepanjang perjalanan ke sana, suasana bukit-bukau, gunung-ganang serta tasik-tasik menyejukkan mata memandang.. Bolzano ni tempat yang berhampiran dengan pergunungan Alps.. tu la perjalanan ke sana di hiasi dengan pemandangan hijau2 belaka..



Setiap hari Abu Harith di jamu oleh minah2 n mamat2 pizza.. original pizza.. Mula2 tu agak teruja la dapat mkn pizza yang pelbagai rasa cheesenya.. Bila dah masuk hari ketiga n seterusnya dah muak la.. Perut pun dah masuk angin.. Kesian lak Abu Harith..




Sempat la Abu Harith bermalam di Milan, setelah 5 hari berkursus.. Di sini aduh waduh, harga barang2 memang melampau mahalnya.. Abu Harith hanya mencuci mata sekitar2 shopping complex ini sahaja..
Nasib baik terjumpa jugak baju untuk Harith n Amni di kedai2 tepi jalan di Bolzano.. Itu pun mahal jugak.. sehelai 8 paun.. tp ok la..
bj ala2 cam pulau Langkawi, sabah n sarawak gitu..
Walaupun harga2 barang memang sangat mahal, pengalaman ke sana tidak akan di lupakan dan di sia2kan..



Wednesday, 15 July 2009

Dikir Barat dUK...

Sebulan yang lepas, di university Durham telah berlangsung hari cultural day yang mana semua negara n bangsa terlibat..

Untuk majlis ini kaum2 bapa Malaysia telah mengadakan satu persembahan dikir barat yang mana mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan penonton.. Abu Harith tidak terkecuali dari persembahan itu..

Sementara itu, kaum2 ibu telah menyediakan pelbagai juadah makanan MAlaysia untuk di jual, iaitu nasi kerabu, nasi minyak, kuih muih n sebagainya..

Tetapi, masa ini Harith, Amni n Ummi tiada dalam majlis ini di sebabkan kena kuarantin di rumah atas virus c.p itu.. hukhukhukk..




Kisah anak2 ..




Setelah sekian lama blog ini kesepian, akhirnya terbuka tirai untuk kembali aktif semula..
Emmm, kenapa agaknya xku update2 blog ini ya.. Sebenarnya aku ade reason yang membuatkan diriku kurang bermood untuk berblog ini..
First, sejak sebulan dua kebelakangan itu, aku dilanda kurang daya kesihatan badan.. pening kepala n macam2..
Second, setelah hampir sebulan anak2 ku dijangkiti virus chicken pox ini,ari ni Amni dah sihat seperti sediakala.. Aduhh.. kesian anak2..
tetapi Alhamdulillah, mereka semua dah kembali ceria seperti dahulu..
Harith n Amni dah sembuh dr virus ini..
Semoga diriku, suamiku n anak2 ku disisihkan dari segala penyakit yang merebak ini..Amiin..